
Pada 1873, sukan baru ini diperkenalkan di Badminton House, Gloucestershire yang dimilikki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton", dan kemudian nama rasmi sukan ini menjadi Badminton. Sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India sehingga tahun 1887. Bath Badminton Club telah mempiawaikan peraturan mengaplikasikan ini dalam versi Bahasa Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada tahun 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama dan hampir sama dengan peraturan yang sedia ada ketika ini. Peraturan ini telah dilancarkan secara rasmi iaitu "Dunbar" di 6 Waverly Grove,Portsmouth,England pada 13 September 1893. Pada 1899, mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia. Pada 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) , yang kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal-usul sukan terletak di England, Badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia. China pula sering menjadi pendominasi pertandingan peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.
Sumber : http://badmintonbellaaina.weebly.com/sejarah-badminton.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar